Pengenalan Masjid Ar-Rahman

 MASJID AR- RAHMAN


PENGENALAN

     Hari ini kami mahu kongsi tempat menarik di Kelantan, iaitu Masjid Ar-Rahman Pulau Gajah, Sabak. 

  • Masjid Ar-Rahman mula dibina pada awal 2016 untuk menampung keperluan jemaah yang semakin bertambah, selepas melihat keadaan masjid lama Pulau Gajah yang semakin sempit.
  • Anda akan melalui kawasan kampung untuk ke lokasi masjid. Ada papan tanda arah untuk ke masjid. 
  • Anda juga boleh ikut panduan arah menggunakan Google Maps atau waze, Insha Allah anda akan selamat tiba ke Masjid Ar-Rahman ini. 
  • Keindahan  alam dan keunikan seni binanya pasti berbaloi  dengan perjalanan anda. Jika sudah singgah, anda boleh solat di sini. Cukup mendamaikan suasananya. 
  • Jika anda pernah menjejakkan kaki ke Pengkalan Chepa, jangan lepaskan peluang singgah sebentar di Masjid Ar-Rahman, Kampung Pulau Gajah, Pengkalan Chepa, Kelantan.

  • Tersergam indah dan penuh dengan seni bina halus bercirikan Islam dan Melayu, masjid ini turut menerapkan gabungan hiasan binaan dari empat buah negara luar seperti Indonesia, Maghribi, Yaman dan Turki.


\
  • Yang menariknya, masjid yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra ini dibina dengan hasil biayaan seorang penderma Muslim dengan dana sebanyak RM 6 juta yang mewakafkan tanah miliknya yang dibeli sejak 25 tahun lalu.


  • 90% daripada ukiran tangan di Masjid Ar-Rahman ini dihasilkan oleh 10 orang pekerja dari Indonesia yang mana separuh daripada ukiran tersebut adalah ayat suci Al-Quran.

  • Menjadi sebutan dan tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara, lokasinya yang berada di atas tanah paya bakau menyebabkan ianya seolah-olah berada di tengah-tengah pulau.
















Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Keunikan Masjid Ar-Rahman

Seni Bina Masjid Ar-Rahman