Keunikan Masjid Ar-Rahman

 KEUNIKAN MASJID AR-RAHMAN 

KOTA BHARU: Masjid Ar-Rahman di Pulau Gajah, dekat Sabak, di sini tersergam indah dengan keunikan dan kehalusan seni bina Melayu, sekali gus memukau setiap mata yang memandang.

Dari reka bentuk luaran hingga perincian dalaman, setiap butiran seni bina mencerminkan kedamaian dan ketenangan, malah binaan turut dikelilingi hutan dan parit mewujudkan panorama semula jadi.

Melangkah masuk Masjid Ar-Rahman cukup mengujakan apabila setiap langkah disambut pemandangan gerbang besar yang dibina tinggi menggunakan kayu cengal.

Masjid Ar-Rahman mula dibina pada awal 2016 untuk menampung keperluan jemaah yang semakin bertambah, selepas melihat keadaan masjid lama Pulau Gajah yang semakin sempit.



  • Pembinaan masjid di atas tapak seluas 0.8 hektar itu mengambil masa kira-kira dua tahun dan kini ia mampu memuatkan kira-kira 1,000 jemaah pada satu-satu masa.
  • Uniknya, khidmat 10 pekerja dari Indonesia diguna pakai untuk menghasilkan lebih 90 peratus ukiran tangan pada masjid, separuh daripadanya ukiran ayat suci al-Quran.
  • Pengerusi Jawatankuasa Masjid Ar-Rahman, Hasan Mahmood, berkata pembinaan masjid dengan kos lebih RM6 juta itu hasil sumbangan penderma individu, malah pelan serta idea pembinaan juga cetusan daripada hamba Allah itu.
  • Seni bina empat negara
  • Menariknya, beliau berkata, binaan Masjid Ar-Rahman ini, ia turut mempertontonkan gabungan hiasan dari sekurang-kurangnya empat negara, selain seni bina Melayu


“Dua pintu masuk masjid contohnya dari Yaman, tiang tempat imam solat pula dari Maghribi. Set geduk berasal dari Indonesia dan lakaran al-Quran dalam bulatan di tengah siling pula dibawa dari Turki.

“Rahsianya, individu yang membiayai pembinaan Masjid Ar-Rahman ini sering merantau ke luar negara terutama Indonesia, Maghribi, Yaman dan Turki. Dari situlah cetusan idea hiasan dimanfaatkan.

“Malah pintu kayu berusia ratusan tahun yang dipenuhi ukiran ayat suci al-Quran di hadapan tempat Imam solat diimport dari Magribi. Harganya saya tidak tahu kerana semuanya diuruskan penderma,” katanya.

Keunikan Masjid Ar-Rahman tidak terbatas pada pandangan luar dan dalam bangunan, sebaliknya sudut pandangan atas memberi gambaran lebih menarik seolah-olah masjid berada di sebuah pulau kecil.


Pemilihan lokasi masjid yang dikelilingi parit dan rimbunan pokok turut memberi kelebihan apabila menghasilkan udara nyaman dan sejuk kepada binaan itu, selain lokasi juga terletak di hujung kampung.

Aspek kemudahan diutamakan

Mengenai aspek kemudahan, Hasan yang juga Imam Tua Masjid Ar-Rahman.

berkata, tempat letak kenderaan yang luas untuk kemudahan jemaah disediakan, malah bumbung parkir juga dipasang panel solar bagi tujuan penjimatan tenaga elektrik.

“Secara peribadi, saya tidak pernah menjejak kaki ke dalam masjid seindah ini. Ia memberi gambaran seolah-olah berada di sebuah masjid yang dibina oleh Wali Songo, penyebar Islam di tanah Jawa di Indonesia pada abad ke-14.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Seni Bina Masjid Ar-Rahman