CARA MEMAKMURKAN DAN MENGIMARAHKAN MASJID AR-RAHMAN Memakmurkan Masjid Kepemimpinan masjid perlu diwakili sekurangnya-kurangnya seorang yang berkelayakan dan mempunyai idea-idea bernas yang boleh dipraktikkan oleh semua. Menubuhkan Biro Pengimarahan Masjid untuk melaksanakan aktiviti pengimarahan masjid. Menubuhkan Jawatankuasa Pemantau dan Penilai aktiviti pengimarahan masjid untuk mengesan kepincangan dan kelemahan seterusnya melakukan tindakan pembetulan, penambahbaikan dan tindakan pencegahan. Menyediakan prasarana, infrastruktur dan kemudahan di masjid dengan lebih menarik dan mesra-jemaah untuk penggalakkan aktiviti pengimarahan masjid. Aktiviti pengimarahan masjid perlu diperbanyakkan dan lebih berfokus agar berlaku peningkatan jemaah sekali gus memeriahkan masjid. Mempelbagaikan aktiviti pengimarahan masjid untuk menarik minat para remaja, belia dan golongan muda agar mendekati masjid. Menjalin hubungan dan jaringan dengan agensi-agensi kerajaan dan badan berk...