Sebab - Sebab Kurangnya Kunjungan Orang Ramai Ke Masjid Ar-Rahman

 SEBAB-SEBAB KURANGNYA KUNJUGAN ORANG RAMAI KE  MASJID AR-RAHMAN 


  • Kawasan Pedalaman 


         Masjid ini dibina di kawasan pedalaman Kampung Pulau Gajah di Sabak, Kota Bharu. Ramai lagi jemaah ataupun orang ramai yang tidak tahu kewujudan masjid yang tersergam indah ini. Oleh sebab itu, jemaah yang mengunjungi masjid ini adalah penduduk kampung dan orang-orang terdekat Sahaja. Dengan kapasiti masjid yang cukup luas, masih lagi tidak dipenuhi oleh jemaah-jemaah .Masjid ini merupakan masjid yang jauh dari kawasan bandar. Ia dikelilingi oleh kawasan paya beserta hutan. Masjid ini hanya penuh dengan Jemaah jika ada program-program penting sahaja.



  • Lokasinya yang jauh dari bandar 



      Lokasinya yang jauh dari bandar menyebabkan ramai orang tidak mahu ke masjid ini. Tambahan pula jalan-jalan yang dilalui untuk ke masjid Ar-Rahman ini juga agak sempit dan mengakibatkan kereta-kereta yang agak besar susah untuk melaluinya. Oleh sebab itu, orang luar jarang mengunjunginya . Pada waktu malam, laluan jalan agak gelap dan sukar untuk sampai ke masjid ini.


  •  Kawasannya di tengah paya

       Kawasan masjid ditengah paya menyebabkan  masjid ini mudah dinaiki air banjir pada musim tengkujuh. Hal ini kerana penduduk kampung ataupun orang luar tidak boleh mengunjungi masjid ini pada musim hujan lebat atau banjir.


  • Keselamatan

      Di sekeliling masjid ini tidak mempunyai pagar. Oleh sebab masjid ini ditengah paya, semestinya perlu dibina pagar agar mampu memastikan keselamatan jemaah terjaga. Jemaah yang membawa anak kecil akan sentiasa berhati-hati dan hal ini menyebabkan mereka kurang berminat untuk mengunjunginya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Keunikan Masjid Ar-Rahman

Pengenalan Masjid Ar-Rahman

Seni Bina Masjid Ar-Rahman