Cara Memakmurkan Dan Mengimarahkan Masjid Ar-Rahman

 CARA MEMAKMURKAN DAN MENGIMARAHKAN MASJID  AR-RAHMAN


Memakmurkan Masjid


  • Kepemimpinan masjid perlu diwakili sekurangnya-kurangnya seorang yang berkelayakan dan mempunyai idea-idea bernas yang boleh dipraktikkan oleh semua.
  • Menubuhkan Biro Pengimarahan Masjid untuk melaksanakan aktiviti pengimarahan masjid.
  •  Menubuhkan Jawatankuasa Pemantau dan Penilai aktiviti pengimarahan masjid untuk mengesan kepincangan dan kelemahan seterusnya melakukan tindakan pembetulan, penambahbaikan dan tindakan pencegahan.
  • Menyediakan prasarana, infrastruktur dan kemudahan di masjid dengan lebih menarik dan mesra-jemaah untuk penggalakkan aktiviti pengimarahan masjid.
  • Aktiviti pengimarahan masjid perlu diperbanyakkan dan lebih berfokus agar berlaku peningkatan jemaah sekali gus memeriahkan masjid.
  • Mempelbagaikan aktiviti pengimarahan masjid untuk menarik minat para remaja, belia dan golongan muda agar mendekati masjid.
  • Menjalin hubungan dan jaringan dengan agensi-agensi kerajaan dan badan berkanun serta NGO untuk sebarang aktiviti pengimarahan masjid sama ada dari sudut pengimarahan ataupun penajaan dan penganjuran bersama.
  •  Memberi sokongan dan bekerjasama dengan pihak berkepentingan untuk sebarang aktiviti pengimarahan masjid.

Mengimarahkan Masjid 


  •  Mengadakan solat berjemaah setiap kali masuk waktu solat.
  •  Menjemput penceramah daripada luar untuk berceramah kepada para jemaah.
  • Melaksanakan program ihya'Ramadhan pada setiap tahun untuk jemaah.
  • Membuka kelas mengaji Al-Quran kepada pelajar di masjid. 
  •  Mengadakan program-program usrah dalam kalangan jemaah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Keunikan Masjid Ar-Rahman

Pengenalan Masjid Ar-Rahman

Seni Bina Masjid Ar-Rahman