Kehalusan Seni Bina Melayu

 KEHALUSAN SENI BINA MELAYU

Tersergam indah dengan keunikan dan kehalusan seni bina Melayu, sekali gus memukau setiap mata yang memandang.

“Ia memerlukan penelitian yang sangat tinggi semasa mengukir bagi memastikan setiap ayat suci al-Quran itu adalah tepat, dan kebiasaanya ia akan disemak oleh individu yang mahir terlebih dahulu sebelum diletakkan di dinding bagi menjaga kesucian ayat al-Quran tersebut”.
(Salleh, Tukang Ukir)




Seni binanya memukau setiap mata yang memandang sekali gus menjadi tarikan baharu kepada sektor pelancongan di Kota Bharu (Sinar Harian, 2019). 


Rupa bentuk bangunannya adalah berinspirasikan Masjid Kampung Laut yang merupakan rujukan para arkitek tentang senibina masjid Melayu.

(Mdrazali, 2018)





“Pintu masuk masjid yang diperbuat daripada kayu dan penuh dengan ukiran seni khat. Halus sentuhan khat yang diukir, menjadikan saya menghabiskan masa agak lama meneliti setiap tulisan” 
                                                                                 Afiq Halid, 2019.


Ada juga pintu kaca yang diselang seli dengan pintu kayu. Terdapat ukiran nama Allah dan Muhammad di atasnya. Masjid ini tidak mempunyai sebarang penghawa dingin. Walau bagaimanapun rasa sangat nyaman dan sejuk. Setiap pintu dibuka agar laluan angin mudah dan menjadikan ruang masjid ini sejuk.

Tanpa menggunakan penghawa dingin, masjid ini agak sejuk di bahagian dalam kerana binaan tingkap dari atas ke bawah di sekeliling bangunan ini secara tidak langsung membuka laluan angin.


  • Cermin tandas berukir pada kayu.


  • Tempat wuduk 


  • Kelihatan ringkas dan unik untuk binaan tempat berwuduk. Mereka menyediakan kerusi kayu untuk memudahkan orang tua untuk mengambil wuduk.


  • Paling menarik adalah kepala paip yang digunakan. Rasa sangat nostalgia.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Keunikan Masjid Ar-Rahman

Pengenalan Masjid Ar-Rahman

Seni Bina Masjid Ar-Rahman