Kesimpulan

 KESIMPULAN 



Kita sebagai umat islam mestilah mengimarahkan surau supaya ia tidak terus kelihatan sunyi dan suram. Walaupun kita tahu bahawa masjid-masjid yang di bina tidak sempurna dan tidak mampu memenuhi keperluan jemaah. kita seharusnya bersama sama menghidupkan kembali suasana surau yang dipenuhi, dengan jemaah tidak mengira yang tua mahupun yang muda

Sebagai umat Islam kita mestilah meringankan langkah ke masjid untuk menghadap Allah SWT pada bila-bila masa sahaja. Kekurangan yang ada pada sesetengah masjid bukan penghalang untuk kita mengunjunginya. Masjid yang dibina dan tesergam indah tidak boleh sesekali dibiarkan begitu sahaja. Oleh itu kita hendaklah bersama-sama mewujudkan Suasana yang penuh dengan jemaah di sesebuah masjid untuk melakukan ibadah.

 Di masjid, umat Islam menemukan ketenangan hidup dan penyucian jiwa kerana di sana terdapat majlis-majlis yang bermanfaat. Dengan itu, masjid bagi umat Islam adalah institusi paling penting dalam membina masyarakat yang terbilang, cemerlang dan gemilang dari sudut akhlak dan pekertinya.

 Di masjid juga akan timbul rasa kesatuan. Di masjid, semua masyarakat bertemu berkeadaan darjat yang sama kerana Allah s.w.t tidak memandang akan darjat satu-satu masyarakat di atas dunia ini selain nilai takwa yang ada pada mereka. Sememangnya bagi Allah s.w.t, yang paling terhormat dan termulia di antara hamba-hamba-Nya adalah mereka yang paling bertakwa di antara mereka.

 Dalam upacara keagamaan, masjid berfungsi sebagai tempat melakukan solat, yang mana di dalam hadith disebutkan ia sebagai tiang agama, baik solat fardhu mahupun solat sunat.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Keunikan Masjid Ar-Rahman

Pengenalan Masjid Ar-Rahman

Seni Bina Masjid Ar-Rahman