Seni Bina Masjid Ar-Rahman
SENI BINA MASJID AR-RAHMAN
Kayu cengal jadi pilihan
- 10 batang kayu cengal dari kawasan hutan Hulu Kelantan juga menjadi penyeri dalam pembinaan masjid ini.
- Lima batang kayu sebesar pemeluk yang didirikan di ruang solat dalam masjid mewakili Rukun Islam, lima perkara.
Setiap arca atau hiasan dalaman masjid ini mempunyai maksud yang tersirat. Ini termasuk batu yang diukir dengan ayat suci al Quran, menjadi hiasan di tepi masjid juga adalah diilhamkan dari Batu Bersurat Terengganu.
“Beduk dan ketuk-ketuk di luar masjid juga adalah yang asli dibeli dari negara jiran.
"Walaupun ia tidak digunakan, tetapi warisannya boleh dilihat oleh generasi muda, bagaimana di zaman dahulu tanpa pembesar suara, kita menggunakan kedua alat itu untuk menandakan waktu solat masuk,” katanya.
Mesra OKU dan warga emas
- Paling menarik ciri-ciri masjid ini adalah ia pembinaannya sangat praktikal. Bukan hanya cantik tetapi pembinanya tidak melupakan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas yang mempunyai masalah sakit kaki.
- Dengan hanya dua mata tangga dan ada juga laluan kerusi roda, masjid ini turut menyediakan tandas duduk bagi kegunaan mereka.
- Hanya ada satu saja tandas cangkung di kedua-dua bilik air lelaki dan wanita, berbeza dengan masjid lain di kawasan luar bandar.
Guna tenaga hijau
Hasan berkata walaupun dari segi luaran masjid ini lebih nampak tradisional dengan diinspirasikan Masjid Kampung Laut, masjid tertua di Malaysia tetapi pihaknya tetap menerapkan ciri teknologi hijau dalam memastikan ia mesra alam.
“Tanpa menggunakan penghawa dingin, masjid ini agak sejuk di bahagian dalam kerana binaan tingkap dari atas ke bawah di sekeliling bangunan ini secara tidak langsung membuka laluan angin.
“Kami juga mengumpul hujan untuk kegunaan air pancut di sekeliling masjid yang turut menyumbang kepada elemen menyejukkan masjid ini.
"Air hujan ini juga turut digunakan untuk menyiram pokok di musim kemarau,” katanya.
Ulasan
Catat Ulasan