KEHALUSAN SENI BINA MELAYU Tersergam indah dengan keunikan dan kehalusan seni bina Melayu, sekali gus memukau setiap mata yang memandang. “Ia memerlukan penelitian yang sangat tinggi semasa mengukir bagi memastikan setiap ayat suci al-Quran itu adalah tepat, dan kebiasaanya ia akan disemak oleh individu yang mahir terlebih dahulu sebelum diletakkan di dinding bagi menjaga kesucian ayat al-Quran tersebut”. ( Salleh , Tukang Ukir) Seni binanya memukau setiap mata yang memandang sekali gus menjadi tarikan baharu kepada sektor pelancongan di Kota Bharu ( Sinar Harian , 2019). Rupa bentuk bangunannya adalah berinspirasikan Masjid Kampung Laut yang merupakan rujukan para arkitek tentang senibina masjid Melayu. ( Mdrazali , 2018) “Pintu masuk masjid yang diperbuat daripada kayu dan penuh dengan ukiran seni khat. Halus sentuhan khat yang diukir, menjadikan saya menghabiskan masa agak lama meneliti setiap tulisan” ...