Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2022

Kesimpulan

Imej
  KESIMPULAN  Kita sebagai umat islam mestilah mengimarahkan surau supaya ia tidak terus kelihatan sunyi dan suram. Walaupun kita tahu bahawa masjid-masjid yang di bina tidak sempurna dan tidak mampu memenuhi keperluan jemaah. kita seharusnya bersama sama menghidupkan kembali suasana surau yang dipenuhi, dengan jemaah tidak mengira yang tua mahupun yang muda Sebagai umat Islam kita mestilah meringankan langkah ke masjid untuk menghadap Allah SWT pada bila-bila masa sahaja. Kekurangan yang ada pada sesetengah masjid bukan penghalang untuk kita mengunjunginya. Masjid yang dibina dan tesergam indah tidak boleh sesekali dibiarkan begitu sahaja. Oleh itu kita hendaklah bersama-sama mewujudkan Suasana yang penuh dengan jemaah di sesebuah masjid untuk melakukan ibadah.  Di masjid, umat Islam menemukan ketenangan hidup dan penyucian jiwa kerana di sana terdapat majlis-majlis yang bermanfaat. Dengan itu, masjid bagi umat Islam adalah institusi paling penting dalam membina masyarak...

Rujukan

Imej
 RUJUKAN  Pengenalan - https://odisi.my/2019/12/9003/ Keunikan  -  https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2018/10/481917/masjid-ar-rahman-sulam-keunikan-seni-bina-melayu-islam Seni Bina -  https://www.mstar.com.my/travel/destinasi/2019/04/11/masjid-ar-rahman Lokasi -   https://www.google.com/maps/place/Masjid+Ar-Rahman+Mukim+Pulau+Gajah/@6.1594709,102.3285618,17z/data=!3m1!4b1!4m5!3m4!1s0x31b6b1471c49847b:0xde79601215a4bbbe!8m2!3d6.1594709!4d102.332789 Koleksi Foto -   https://ms-my.facebook.com/tasbihklasik/photos/pcb.1852895858078951/1852895474745656 Kehalusan Seni BIna Melayu -   https://listikel.com/amp/tempat-menarik-di-kelantan-keunikan-seni-bina-masjid-ar-rahman-pulau-gajah/ Penutup -    https://listikel.com/amp/tempat-menarik-di-kelantan-keunikan-seni-bina-masjid-ar-rahman-pulau-gajah/

Kehalusan Seni Bina Melayu

Imej
  KEHALUSAN SENI BINA MELAYU Tersergam indah dengan keunikan dan kehalusan seni bina Melayu, sekali gus memukau setiap mata yang memandang. “Ia memerlukan penelitian yang sangat tinggi semasa mengukir bagi memastikan setiap ayat suci al-Quran itu adalah tepat, dan kebiasaanya ia akan disemak oleh individu yang mahir terlebih dahulu sebelum diletakkan di dinding bagi menjaga kesucian ayat al-Quran tersebut”. ( Salleh , Tukang Ukir) Seni binanya memukau setiap mata yang memandang sekali gus menjadi tarikan baharu kepada sektor  pelancongan di Kota Bharu ( Sinar Harian , 2019).  Rupa bentuk bangunannya adalah berinspirasikan Masjid Kampung Laut yang merupakan rujukan para arkitek tentang senibina masjid Melayu. ( Mdrazali , 2018) “Pintu masuk masjid yang diperbuat daripada kayu dan penuh dengan ukiran seni khat. Halus sentuhan khat yang diukir, menjadikan saya menghabiskan masa agak lama meneliti setiap tulisan”                  ...

Koleksi Foto Masjid Ar-Rahman

Imej
  KOLEKSI FOTO MASJID AR-RAHMAN

Lokasi Masjid Ar-Rahman

Imej
  LOKASI MASJID AR-RAHMAN Alamat;  Masjid Ar-Rahman, Kampung Pulau Gajah,  Pulau Gajah, 16100 Kota Bharu  Kelantan.

Seni Bina Masjid Ar-Rahman

Imej
  SENI BINA MASJID AR-RAHMAN Kayu cengal jadi pilihan 10 batang kayu cengal dari kawasan hutan Hulu Kelantan juga menjadi penyeri dalam pembinaan masjid ini.  Lima batang kayu sebesar pemeluk yang didirikan di ruang solat dalam masjid mewakili Rukun Islam, lima perkara. Setiap arca atau hiasan dalaman masjid ini mempunyai maksud yang tersirat. Ini termasuk batu yang diukir dengan ayat suci al Quran, menjadi hiasan di tepi masjid juga adalah diilhamkan dari Batu Bersurat Terengganu. “Beduk dan ketuk-ketuk di luar masjid juga adalah yang asli dibeli dari negara jiran. "Walaupun ia tidak digunakan, tetapi warisannya boleh dilihat oleh generasi muda, bagaimana di zaman dahulu tanpa pembesar suara, kita menggunakan kedua alat itu untuk menandakan waktu solat masuk,” katanya. Mesra OKU dan warga emas Paling menarik ciri-ciri masjid ini adalah ia pembinaannya sangat praktikal. Bukan hanya cantik tetapi pembinanya tidak melupakan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas y...

Keunikan Masjid Ar-Rahman

Imej
  KEUNIKAN MASJID AR-RAHMAN   KOTA BHARU: Masjid Ar-Rahman di Pulau Gajah, dekat Sabak, di sini tersergam indah dengan keunikan dan kehalusan seni bina Melayu, sekali gus memukau setiap mata yang memandang. Dari reka bentuk luaran hingga perincian dalaman, setiap butiran seni bina mencerminkan kedamaian dan ketenangan, malah binaan turut dikelilingi hutan dan parit mewujudkan panorama semula jadi. Melangkah masuk Masjid Ar-Rahman cukup mengujakan apabila setiap langkah disambut pemandangan gerbang besar yang dibina tinggi menggunakan kayu cengal. Masjid Ar-Rahman mula dibina pada awal 2016 untuk menampung keperluan jemaah yang semakin bertambah, selepas melihat keadaan masjid lama Pulau Gajah yang semakin sempit. Pembinaan masjid di atas tapak seluas 0.8 hektar itu mengambil masa kira-kira dua tahun dan kini ia mampu memuatkan kira-kira 1,000 jemaah pada satu-satu masa. Uniknya, khidmat 10 pekerja dari Indonesia diguna pakai untuk menghasilkan lebih 90 peratus ukiran tangan pa...

Pengenalan Masjid Ar-Rahman

Imej
  MASJID AR- RAHMAN PENGENALAN       Hari ini kami mahu kongsi tempat menarik di Kelantan, iaitu Masjid Ar-Rahman Pulau Gajah, Sabak.  Masjid Ar-Rahman mula dibina pada awal 2016 untuk menampung keperluan jemaah yang semakin bertambah, selepas melihat keadaan masjid lama Pulau Gajah yang semakin sempit. Anda akan melalui kawasan kampung untuk ke lokasi masjid. Ada papan tanda arah untuk ke masjid.  Anda juga boleh ikut panduan arah menggunakan  Google Maps  atau  waze , Insha Allah anda akan selamat tiba ke Masjid Ar-Rahman ini.  Keindahan  alam dan keunikan seni binanya pasti berbaloi  dengan perjalanan anda. Jika sudah singgah, anda boleh solat di sini. Cukup mendamaikan suasananya.  Jika anda pernah menjejakkan kaki ke Pengkalan Chepa, jangan lepaskan peluang singgah sebentar di Masjid Ar-Rahman, Kampung Pulau Gajah, Pengkalan Chepa, Kelantan. Tersergam indah dan penuh dengan seni bina halus bercirikan Islam dan Melay...